Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 20 December 2011

Lawak Jenaka

LAJAK MOTOR AYAH KU

Kisah ini berlaku pada waktu aku berumur 12 tahun dan belajar pada tahun enam. Seperti kanak2 lain, aku juga perlu menghadiri kelas tuisyen yang diadakan pada sebelah malam sebagai kelas tambahan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa, apabila tamat sahaja waktu kelas, aku menunggu ayah ku mengambil ku untuk pulang ke rumah dengan menaiki motor.
 Rakan sekelas ku ada yang telah pulag dan ada juga segelintir daripada mereka masih menunggu ibu bapa masing untuk pulang ke rumah seperi aku. Selepas beberapa ketika, ayahku pu sampai degan motor kapcainya. Tanpa membuang masa, aku pun meluru ke arahnya. Baru saja aku mula mengangkat sebelah kaki untuk memajat naik belakang motor itu, motor serta ayah ku tiba2 terdorong ke hadapan dengan lajunya meninggalkan aku terpinga-pinga dengan kaki teragkat sebelah.
Aku pun segera menuju ke ayah aku untuk bertanya kepadanya apa yang telah berlaku. Rupa2 ayah ku terteka miyak motor dan menyebabkan motor itu terus terpecut ke hadapa. Muka ku sudah merah padan ketika itu menahan malu kerana ada beberapa pasang mata yang turut meyaksikan kejadiaan itu. Beberapa orang rakan lelaki sekelas aku mula ketawa berdekah-dekah selepas melihat kejadiaan itu. Ayahku turut tergelak dengan ketidaksengajannya itu.
Kesokan paginya di dalam kelas, rakan rakan sekelas ku yang menyaksikan peristiwa semalam menegur aku; '' Eh, semalam ayah kau tertekan minyak motor kan? Lawak la...Hahahah'' Mereka satu geg tergelak sakan. Aku hanya tersegih menahan malu. Itulah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini.

2 comments:

  1. hahahaha. kalo sy ade kt tmpt awk, mesti sy tk akn dtg skola 2 ary, tk nk org glk.. eish.

    ReplyDelete
  2. Hahahahha.....Awak follow blog saya,leyh x?

    ReplyDelete